Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Aku cinta padamu
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Aku cinta padamu



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 20-Jun-2007 07:30
Majlis Persandingan Aida & Azizan 2 Jun 2007 (Puchong)
+SUAMI & ISTERI



Pernikahan ataupun perkahwinan,
Menyingkap tabir rahsia,
Isteri yang ku nikahi,
Tidaklah semulia Siti Khadijah,
Tidaklah setakwa Siti Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah,
Justeru Isteri hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah…..


Pernikahan ataupun perkahwinan,
Mengajar kita kewajipan bersama,
Isteri menjadi tanah, Suami langit penaungnya,
Isteri ladang tanaman, Suami pemagarnya,
Isteri kiasan ternakan, Suami gembalanya,
Isteri adalah murid, Suami mursyidnya,
Isteri bagaikan anak kecil, Suami tempat bermanjanya.


Saat isteri menjadi madu, Suami teguklah sepuasnya,
Seketika isteri menjadi racun, suamilah penawar bisanya,
Seandainya isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya….


Pernikahan atau perkahwinan,
Menginsafkan kita perlunya iman dan takwa,
Untuk belajar meniti sabar dan redha,
Kerana memiliki Suami yang tak sehebat mana,
Justeru Kamu akan tersentak dari alpa,
Suami mu bukanlah Saidina Abu Bakar,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamullahhuwajhah,
Cuma Suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh…….

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.